Sunday, April 03, 2011

Satu Sudah Kena. Lain Bila Lagi?

Di Ampang, Selangor, terdapat sebuah kawasan perumahan bernama Taman Bukit Indah. Di Bukit Indah, ada sebuah restoran menjual makanan ala mamak. Restoran tersebut diberi nama Restoran Bukit Indah Food Corner (dah restoran nak food corner lagi). Salah seorang pekerja di restoran ini bernama Rakesh (atau Arkesh, bergantung seberapa 'high' mamat tu sewaktu bekerja, biasanya waktu lewat malam, dia lebih 'high'). Rakesh ni biasanya menjadi pelayan tetap bagi satu kumpulan remaja yang digelar 'Geng Meggi Goreng Bukit Indah' jika dia bekerja pada shift itu.

Geng Meggi Goreng ini terdiri daripada mamat-mamat sekolah di sebuah sekolah di Kampung Pandan. Ketuanya juga adalah bekas presiden PAISAB. Sebenarnya geng ni takde ketua, tapi sebab dia yang selalu bawak kereta ambik semua orang, dia adalah de facto leader. Dah nama pun bekas presiden PAISAB. Jangan main-main. Dia ada kuasa untuk mengharamkan tarian poco-poco dan tarian yang seangkatan dengannya.

Dari umur 17 tahun hinggalah kini, ahli geng ini hanya bertambah tua dari segi kronologi sahaja. Pada dasarnya, ahli-ahlinya hanyalah lelaki-lelaki gasar moden, yang berkaca mata dan menggunakan peranti teknologi informasi untuk memburu torrent wayang-wayang perang dan siri F.R.I.E.N.D.S.

Hinggalah tiba hari ini.

Salah seorang ahli Geng Meggi Goreng telah melangkah ke alam dewasa (walaupun dia telah bersunat berbelas tahun lebih awal). Ahli permastautin tetap Taman Bukit Indah ini telah mempelopori bidang eksplorasi, kajian dan pembangunan rumahtangga.

"Baris! Barissss sedia!!!" pekik ketua komandan Rumah Temenggung.

"Kopi RADIX! Gerenti best!" yakin presiden PAISAB.

Tahniah diucapkan kepada Ikhwan a.k.a. Hadi kerana berjaya melepasi tembok psikologi sindrom tua-tapi-tak-sedar-diri. Sori aku tak dapat datang. Servis sampan Sandakan-KL tergendala akibat sampan bocor dicucuk landak yang diseludup dari Filipina.

Semoga bidang yang diceburi kini mendatangkan seribu satu makna baru dalam kehidupan seharian dan selamanya.

Perhatian: Insiden sindrom yang disebut nampaknya telah mula surut satu per satu. Bulan depan ada lagi ahli geng yang bakal mendaftar untuk program yang sama.

Heh heh heh.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home