Saturday, September 29, 2007

Labour Room Tales 1

This short story was first posted on friendster bulletin board. Initally I wouldn't want to have it on the blog. I try not to say too much on what I do everyday. However the fact remains that these stories are really something to share with. So enjoy.

Waktu itu sudah pukul 2.30 pagi. Masuk
seorang ibu yang sarat mengandung,
tengah nak beranak. Nurse pun jerit "Ha,
ngko tolak dia masuk DS 3, set IV line.
Kejap lagi aku datang."

Terus bergegas rakan aku pergi bilik IV
line, memenuhkan tray dengan IV line,
jarum, kapas dan 3 keping glove getah.
Aku tengok je dari jauh. Tak sangka pada
malam yang hening itu akan aku saksikan
suatu keadaan yang sangat la ralat.

Selepas satu jam berlalu, kakak yang
masuk nak bersalin tadi pun dah sampai
tahap nak meneran. Nurse pun kelam
kabut, nasib baik keadaan delivery suite
kat hospital tu sangat organized. So tak
la kalut, nampak je sibuk.

"Dik! Jangan teran lagi dik. Tak ready
lagi ni. Nanti ngko yang susah
terkoyak." Kata nurse yang mulut capoi
itu. Aduh, bingitnya suaranya.

Namun sebingit-bingit suara nurse itu,
tak dapat ia melarang kakak itu dari
terus meneran. Kerana tak tahan dek
sakit, dia terus jua meneran.

Tak sampai 10 minit, BUAK!! Terkeluarlah
satu nyawa baru. Aku kagum melihat
mukjizat kehidupan, di mana lahirnya
satu nyawa baru.

Namun nurse capoi itu tetap meneruskan
khutbahnya. "Ngko nih, meh aku check
tengok. Ni mesti banyak terkoyak ni. tu
la ngko tanak dengar cakap aku."

Tapi alangkah terkejutnya nurse itu,
bila diselak-selaknya di situ,
keadaannya amat pristine sekali. Mungkin
cuma sedikit luka, tapi nothing a
37-needle can't handle.

Nurse itu berasa takjub, lalu dia
mengeluarkan kata-kata yang memang aku
tak sangka akan ku dengar selama aku hidup.

"Uiiiiish, kuat ye ngko punya ni"

Dan akak tu menjawab "terima kasih."

Aku pun jam kejap. Mana kerusi? Aku nak
baring.

Labels:

3 Comments:

Blogger Mohd Shazly Khan said...

kalu aku ada situ, dah lama dia makan pelempang aku. Bini aku sure dah letak baby ketepi and lazer tak hinggat nye. silap silap kena baling dgn selipar tu

29 September, 2007  
Blogger Azman said...

Haha. Granted. Tapi bahaya kalau tak teran awal-awal. Silap hari bulan can lead to massive blood loss and death.

30 September, 2007  
Blogger bola2api said...

"Uiiiiish, kuat ye ngko punya ni"

HAHAHHAHAHHAHAHA gelak kuat aku OK!

02 October, 2007  

Post a Comment

<< Home