Kisah Sa-orang Kenya
Aku takleh tido. Jadi secara semulajadinya, waktu-waktu beginilah amat sesuai sekali sekiranya kita berpujangga.
Kisah ini telah berlaku lama dahulu, diungkitkan semula dalam salah satu sesi berlabon bersama kawan-kawan semasa raya (pergh, ayat cilok Hishamuddin Rais tuu).
Maka adalah seorang student yang berwarganegara Kenya, belajar di Malaysia. Rassam namanya. Jika dikira susuk tubuh, seperti orang Malaysia. Cuma wajahnya yang banyak seperti Pak Arab yang terlebih kena matahari.
Alkisah, si Rassam pergi bermain futsal. Berhampiran padang futsal itu terdapat sebuah restorang masakan Thai. Makanannya boleh tahan. Atas alasan convenience, maka seorang lagi kawan bernama Faiz yang sedang melepak di rumah, telah memesan makan daripada Rassam.
Faiz pesan melalui SMS: "Rassam, can you buy me telur bungkus?" Faiz memang suka makan telur bungkus. Telur yang digoreng nipis dan garing, membalut kuah pekat yang berisi daging cincang dan kentang. Memang sesuai sebagai lauk dimakan bersama nasi yang dimasak sendiri. Lebih-lebih lagi waktu sengkek akhir bulan duit Mara tak masuk lagi.
Telur bungkus
Bergeraklah Rassam ke gerai masakan Thai itu sambil membawa hajat rakannya. Bila tiba di gerai, Rassam cuba menguraikan permintaannya menggunakan Bahasa Malaysianya yang suam-suam kuku itu. Seketul-seketul perkataan yang keluar, pekat dengan hembusan nafas Kenya yang berangin-angin. "Tulurh bhungkus. Satuh."
Bergegaslah abang gerai tomyam itu menyiapkan pesanan. Diberinya bungkusan itu kepada Rassam, dan dibayarnya duit. Rassam pulang membawa plastik merah berisi makanan yang dibungkus surat khabar beralas plastik, diikat dengan getah.
Di rumah tibanya Rassam, dia menyerahkan bungkusan itu kepada Faiz. Dalam keghairahannya, Faiz juga bingung. Bungkusan itu jauh lebih kecil dari apa yang dijangkanya. 'Ah, mungkin balut style orang Kenya.' Dengan mata lapar, satu persatu gulungan getah itu dirungkai. Bungkus surat khabar itu diselak perlahan, seakan mengintai sesuatu yang nakal.
'PAP!' Faiz menepuk dahinya yang lebar itu. Tersentak, terdongak sedikit kepalanya ke belakang. "What is this, man?!" bilang Faiz, sambil menunjukkan tapak tangan kirinya yang berisi:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebiji telur rebus yang telah siap dikupas. Cantik, licin, putih melepak.
Moral cerita: Kalau nak pesan barang, jangan pesan pada orang Kenya. Ha ha ha.
Gambar dicilok dari: wordsofmyheart, DKimages

5 Comments:
hahahah..kelakar bro..lama seh x jumpa rassam ...dia keje aussie rasa next year
Dia ada KL sekarang ni. Baru jumpa dia semalam.
wahahaa...this made my day.
Tulurh bungkus...who orders that anyway...?
And I thought this kenyan story is associated with running ke...
hahaha ada je idea ko.
selamat hari raya! jumpa ali kat langat, bila mau kayuh dey?
hahahaha...Ryan's fav food! Ok per...
Post a Comment
<< Home